Nov 23, 2011

Wordless Wednesday

Mmg wordless la.
1. Aku cuti. From 23/11 ~ 12/12
2. Umah ni dh xda org dh 2 ari dh. Sejak dari 14 jam yg lepas aku x b'ikteraksi (kecuali talipon) dgn mana2 entiti yg bernama manusia.
3. Interaksi (sua muka) terahkhir aku ialah dgn macha kedai gunting.
4. Drpd aku bgn pg td smpai ayat ni ditulis aku x lihat satu bentuk manusia lg.

Hehehe... Bleh ke mcm ni?


Ini Hijrahku

Sesungguhnya hijrah paling sempurna ialah hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW & Para Sahabat A.S.

Aku percaya... Ramai yg diantara kita yg dh dengar malah dh lali, dh lumat dalam kepala otak masing2 pasal crita hijrah ni. Drpd korg kecik smpai ke tua. Setiap kali tiba musim Hijrah masing2 duk bercerita pasal Hijrah. Ceramah2 kt surau & masjid duk crita pasal hijrah. Waima dlm khutbah Jumaat skalipun. Smpai musim ni kalau kita buat cramah yg xda kaitan dgn hijrah org akn marah, seolah2 jd pelik. Drama dalam tivi crita pasal hijrah, artis2 duk sibuk reka lagu pasal hijrah, sampai org dh celaru mana satu lagu rock, mana satu lagu R&B, mana satu lagu balada n mana satu lagu nasyid. Ahli politik plak samakan antara Hijrah & Tranformasi dgn huraian yg pelbagai. Ini tipikal rakyat Malaysia termasuk aku. Tp semuanya tu BAGUS, BAIK, satu perkembangan yg positif dlm masyarakat kita. Aku sgt stuju...

Ada satu entiti dlm peristiwa Hijrah yg amat menarik perhatian aku. MUS'AB B UMAIR... Seorg pemuda yg hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kisahnya korg bleh baca melalui link yg aku bg (bg mereka yg x tau, BTW aku rasa suma tau kisah ni). Mus'ab B Umair merupakan org pertama yg dihantar oleh Nabi Muhammad SAW ke Yatrib (sblm ditukar kpd MADINAH). Beliau ditugaskan untuk membina hubungan baik dgn org2 Yatrib ketika itu (yg kebanyakannya masih bkn islam). Kejayaan yg dicapai oleh Mus'ab inilah menjadi titik tolak kpd penerimaan masyarakat Madinah pada ketika itu terhadap ISLAM yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lalu t'tubuhnya negara Islam pertama iaitu Madinah Al Munawwarah.

So... korg mesti plik apa yg aku mengarut ni kan... Sifir mudah mcm ni.. Apa kata kita ubah sikit cara kita. Kita bina hubungan baik dengan org yg kita rasa kita xnak bina hubungan baik. Mudah2an diorg bleh trima kita & apa yg kita bawa. Kata org business : Buy In. Xda la kita nmpk bodoh sgt kan? Aku ckp ni sebab aku tgk komen2 kt FB @ Utube srkrg dh mcm2. Dh lebih kpd org kulit itam yg jual estacy. Tambah2 pasal bola mlm td. DAN JUGA PASAL POLITIK.

Aku tulis ni jugak sebab 2 3 ari lg aku akan b'HIJRAH ke satu fasa baru dlm idup manusia. KAWEN. Hopefully Hijrah @ Tranformasi (kata DS NAJIB) aku ni merupakan satu hijrah yg baik. Sbb sblm ni bnyk dh hijrah yg aku buat. Tp bnyk yg tebalik.

Dari Tahfiz - Skolah Agama Harian
Dr Solah Agama Harian - Skolah Mngh biasa.
Dr Student - Bekerja
Dr keja swasta -
Dr bjg - kawen

"Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, teguhkan hati kami diatas agamamu"

* Jemput semua datang kenduri aku:
* Tarikh : 03 Disember 2011 (Sabtu)
* Tempat : D78, Kg Batu Balai, 27030, Jerantut, Pahang.
* Kalau x jumpa col no ni - 09 266 32 22 (Balai Polis Batu Balai) tnya rumah Tuan Man.





Nov 21, 2011

Kenapa Saya Sayang Mak Saya?

Ada beberapa tarikh penting yg mmg jd nostalgia..

1996 : Ingat lg pesan cik masa darjah 6. "Cik Ayah ni bukan orang pandai... Jd masa g skolah tu blaja sungguh2. Kalu x paham tanya terus cikgu". Result UPSR dpt 4 A. Ayah cool je, cik suka gembira. Lepas ni bleh masuk tahfiz kata cik... Errrr....x terkeluar dari mulut cik nk hantar Fuad g Sek Asrama Penuh, Skolah Sains ke.... Hujah cik mudah, ilmu agama kita kena cari. 

1998 - Benti sek tahfiz...alasan mudah x dapat bawa (maaf cik). Masa ni cik diam je. Cik kata xpa... Blajar je kt SMA Dong...

1999 - Kena buang asrama. Kena pecat jd pengawas. MAsa ni cik g amik kt skolah ngan Abg Eil... Cik diam x cakap spatah dari sekolah sampai umah. Sampai umah ayah suh benti sekolah, keja kampung tolong dia. Ayah marah betul masa tu. Cik diam je....

Hujung tahun tu Cik minta tlg Abg Eil buat rayuan kt SMA Dong. Cik, Abg Eil n Fuad g skali. Janji depan Ustaz, Cik n Abg Eil xnak wat hal lg.

2000 - Dapat duk asrama balik... Bulan pertama dah kena tindakan displin. Tp diam2 x bgtau sesapa. 

Ada skali Cik hantar surat. Tulisan JAwi n ada note RM50. Smpai skrg duk ingt, pesan cik blaja rajin2 n jgn simpan rambut pnjg.

Result SMA kuar, truk.. Gagal... Balik rumah, cik diam je....

Dah dekat nk buka skolah Cik tanya nk skolah mana... Fuad kata nk skolah Damak (Skolah Menegah dekat umah)... Cik kata kalau nk skolah lg usaha sendiri. Fuad g skolah sendiri, naik bas sorg, jumpa Pengetua, ambik borang tukar skolah.....

2001 - Start skolah menengah. Mmg jauh berbeza.. Cik x pantau lansung, cuma cik akan pastikan setiap pg kena bangun awal smayang subuh.

2002 - Masuk tingatan enam sbulan - Abg Eil dtg ambik kata dapat smbg diploma di KUSZA. Masa tu Fuad mati-mati xnak g. Tgh duk urus pasal nk masuk blaja dapat satu lg tawaran blaja di Politeknik Kuching. Fuad nk g poli... Cik kata x payah, g KUSZA. Bleh blaja agama.

G register kt KUSZA, Cik, Ayah, Abg Eil g hantar. Cuba blaja stakat termampu.

2003 - Xcident truk. Kak T sampai dulu d Trg. Cik menangis, ayah cool je.

2005 - Abis blaja kt KUSZA. Atie g ambik. Cik ngan ayah x dtg. 

Cik kata sementara tunggu dapat kerja ikut Abg Him dulu. Sambil2 timba ilmu, bleh dpt pahala. Masa ni meniaga skit. Murtabak etc.

2006 - Dpt tawaran sambung blaja UMT. Seronok, sebab bleh dtg Trg balik... Cik, Ayah, Kak Zan n Abg Mad dtg hantar register. Masa berkeras ngn Cik nk g sendiri. Sebab dh biasa. Cik nk hantar gak.

2007 - Konvo KUSZA - Cik x dpt dtg. Cik janji nk g masa konvo ijazah. Sebelum konvo rileks je. Lepas dapat scroll nk turun tangga sebak gila. Fuad masuk bilik air nangis. Prasaan masa tu mmg sedih, br tahu bertapa pentingnya ibubapa. 

Mei 2010 - Cik ajak g umrah. Fuad terkedu. Saat ni paling best bersama Cik n Ayah. Masa di Mekah Cik, Ayah n Abg Him bincang pasal Lyn. Masa ni x tau nk cakap apa. Cik bg keputusan balik umrah g risik Lyn.

Julai 2010 - Konvo UMT & Risik Nur Amalyna Radzali. Ayah x sihat, Cik x sihat. 2 2 xleh dtg. Abg Eil, Kak Pah n Atie ganti Cik n Ayah. Kluar dewan sebak gila. Sedih sebab Cik janji nk dtg masa konvo ijazah.
Lepas konvo g RiSik Lyn.

Mei 2011 - Bertunang. Masa ni Cik Ayah g. Suka sangat, suka sebab bleh bawa Cik Ayah naik keta sendiri.... Terima Kasih Allah.

20 Nov 2011 - Lg 4 hari nk kawen. Cik dh bgtau awal2 Cik xleh g. Ayah je yg pergi. Fuad ni dh 2 3 kali duk ngalir air mata. Tp xpa Cik... Fuad x marah lansung, x kecewa. Fuad tau Cik x larat, Cik nk sedia untuk kenduri kt rumah.

Alhamdulillah... Dh 27 tahun Cik jaga Fuad. Cik dh usaha yg terbaik untuk Fuad. Lg 4 hari Fuad akan jd ketua keluarga. Wanita pilihan Fuad, persetujuan Cik n Ayah. Satu je Fuad mintak.... Cik halalkan semua makan minum Fuad, Ilmu yg Cik bagi, Nasihat yg Cik beri. InsyaAllah akan jd panduan Fuad. Maafkan segala salah silap Fuad, perbuatan Fuad yg Cik x tahu. Maafkan semua. Allah makbul juga doa Fuad supaya Cik dpt tg Fuad berkeluarga. Doakan kami selamat dunia akhirat.....

21 Mei 2011
12.05 AM
Tmn Universiti, Bangi Selangor.





Nov 1, 2011

Nak dimarah kang budak...


Manusia 1 : Hana celup HP dlm cawan!
Manusia 2 : Haaa.....
Hana : Sikit je...
Manusia 2 : (Ambik HP, ada bunyi msg) Laaa... Skrin dh padam. Knapa Hana letak dlm cawan?
Hana : Abg Hazmi tu letak jam dia xpe. Saje je nk try.

Dan, malam tu. Dlm hjn renyai2, sorg manusia merangkak2 mencari kedai HP. Belek2 kalau ada HP 2nd murah2. Dan dia masih t'senyum... "Nk dimarah kang budak"....

* Mgkin untuk sebulan akan dtg manusia tu TAK LAGI makan cendol abg mi, nasi berlauk amira, kedai makan kak long, nasi goreng lauk ayam @ telur, lepak kedai mamak tgk bola, jln2 cuti mata, lepak2 kt Shah Alam, tg muvie kt Alamanda, layan jambu abu depan Bank Islam dll. Tp xpa, a.su x marah Hana... nk buat mcmana... "Nk dimarah kang budak....."

Cerita menarik untuk tahun kedua, Sayang Hana, Sayang Husna, Sayang Huda, Sayang semua!

Cukup Stahun



* Entry ni dh didelete oleh admin. TQ. Hehe

Oct 10, 2011

Perhilitan @ Mergastua


Syok jugak kalo dpt keja ngan diaorg ni gamaknye....

Oct 5, 2011

Nah...

Sep 10, 2011

Penjajah


Aku ada banya gamba raya. Tp x sempat nk edit/upload. Agak sibuk dgn proses penghantaran penjajah. 

Sep 3, 2011

Perutusan Khas Raya YDPA

Salam Syawal untuk semua... Ada beberapa perkara yg saya nk nyatakan disini :
* Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
* Semoga dapat menyambut Hari Raya dgn Fitrah Ramadhan.
* Masih ada feel main ngan anak buah.
* Jemput dtg ke rumah.
* Ramai beraya taun ni dgn mood KUNING.
* Raya taun ni jalan raya krg jammed.
* Raya taun ni jugak saya x g braya umah membe2 lansung. Maaf bebanyak..
* Slamat pose 6.
* Itu aja kot.
* Dah..
* Dah laaa....
* Err... Pasal kata2 Abg Mat Sabu tu mungkin ada betulnya.
Posted by Picasa

Aug 26, 2011

Settle Utang


Aug 25, 2011

Insaf | Berhenti Minum


Nasihat dari kawan saya, seorang yang pakar dalam bidang sakit puan kesihatan. "Ko xleh minum banyak sangat benda ni. Bahaya". Saya akur. So, ada x cara lain yang nk ilangkan ngantuk? (Selain usha awek naik skuter).

Aug 19, 2011

Pesan Ikhlas


Eksiden ni berlaku pg td. Time aku nak g keja. Semoga Allah tentukan yang terbaik untuk beliau.
Tiba2 rasa lain mcm.... Kebetulah plak hari ni diberi peluang untuk menziarahi orang meninggal...
Mcmana kalau esok merupakan kali terakhir kita keluar dari rumah kita. Dh sediakah kita? Masa kunci pintu rumah ada x terdetik kt ati kita yg tu kali terakhir kita kunci pintu umah....

Semoga Allah tentukan yg terbaik untuk saya dan kalian semua.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik) & janganlah engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)"



Aug 15, 2011

Hujung Minggu Saya 8 | Nafas Milik Tuhan

Uptown Danau Kota | 140811 | 4.00 a.m





Xleh amik letak gamba masa org ramai, kurusssss pose.

Kg Batu Balai | 140811 | Dekat2 time nk buka.


Bapak aku sedang menunggu sumbangan binatang2 eksotik untuk projek mega beliau. Katanya "Pertanian Adalah Perniagaan"


Aug 13, 2011

Ramadhan 13.0 | Salam Perantau





Kami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin pd Keluarga di Mentakab, Pasir Mas & Jerantut, Rakan2, Guru2 di Malaysia. Salam Lebaran.


* Psttt.... Org kg... InsyaAllah ptg ni saya balik. Hahaha

Aug 1, 2011

Ramadhan 1.1 | Manisan


Masa balik keja td kemain dia kerek duk seat sebelah aku. Aku dpt cium bau je. Usha ujung2 mata. 2 minit selepas gamba ni diambil aku dh balun suku. Hehe... Benda rare mcm ni elok kita baham dulu. Selamat Bersahur...

Ramadhan 1.1 | Makan sebelum Subuh

Mcm aku kata sblm ni. Aku cuba nk jdkan blog ni blog2 agama. Idea asal ni dulu aku dapat dr PPyaPong. Dia ni crita agama2 lebih awal dr aku dulu.
Hah.. Aku copy je la benda2 ni, untung2 masuk saham akhirat kalau ada org baca.


  1. “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari
  2. “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
  3. “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  4. “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” – Surah al-Baqarah: Ayat 187
  5. “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w .” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  6. Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .
* Pasal azam yg aku tulis malam td tu aku rasa yg no 3 tu aku dh fail. Tp aku cuba lg esok. 
Aku sdg mkn gula kabong Benta

Ramadhan 1.0 | Blog Agama2

Sempena bulan puasa yg mulia ni saya rasa saya nk jdkan blog ni sebagai blog agama2. Gamba2 kena kurangkan. Tp gamba ni aku terpaksa letak sbb aku syak bdk2 dlm van ni la yg gelakkan aku minggu lepas masa aku bersusah payah tolak moto aku. Heh. Budak2 skrg mmg x reti jaga budi bahasa.

Ramadhan 0.1

Marhaban Ya Ramadhan

Hah.. Azam thn ni.

  1. X miss trawih.
  2. Balik raya awal.
  3. X tido lepas sahur.
  4. Settlekan azam2 thn lepas.

Jul 28, 2011

Insan Prihatin Jayakan Wawasan

Kepada :-
  1. sedare-mare
  2. kwn2
  3. jiran tetangga
  4. cikgu2
  5. lecturer2
  6. rakan2 sekerja
  7. membe2 skolah
  8. awek2 lame
  9. membe2 kaki pancing
  10. ahli politik
  11. dato2 & datin2
  12. tan sri2 & pn sri2
  13. ust2 & ustzh2
  14. pakar2 mtivasi
  15. kaunselor2
  16. bakal2 kaunselor
  17. cikgu2
  18. bakal2 cikgu
  19. keluarga angkat
  20. kakitangan kerajaan
  21. ketua2 masyarakat
  22. menteri
  23. timb2 menteri
  24. rakan2 sekerja dsb. 
HP SAYA BARU DIFORMAT SEMULA, SUMA NO HILANG, YG ADA CUMA NO KT SIMKAD JE. SAPE2 YG PRIHATIN TLG SMS KPD SAYA BESERTA DGN NAMA ANDA SEMUA. HEHEHE.....

Jul 26, 2011

Teknologi Perhubungan

* Blackberry tu bkn aku punya. Dia punya..

Tajuk: Baca dulu entry ni sampai 
abis.

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)[1] merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaianInternet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).



Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.[2]
Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia.[3]Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih[4]

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.
Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!
Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.
Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.
Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.
Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.
Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera.
Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.

Sistem selular

Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa menganggu panggilan.Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran.
Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan persekeliling, terutama di kawasan desa.
Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS), dan CDMA2000 EV-DO. Cina pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan.
Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani kekurangan kuasa pemancar.
Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.

Set tangan

Nokia masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit utama yang lain termasukSamsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%).[5] Pengilang ini menguasai lebih 80% kesemua telefon bimbit yang dijual dan menghasilkan telefon bagi jualan di kebanyakan negeri.
Pengilang lain termasuk Apple Inc., Audiovox (kini UTStarcom), Benefon, BenQ-Siemens, CECT, High Tech Computer Corporation (HTC), Fujitsu, Kyocera, Mitsubishi Electric, NEC Corporation, Neonode, Panasonic (Matsushita Electric), Pantech Curitel, Philips, Research In Motion, SAGEM Communication, Sanyo, Sharp Corporation, Siemens AG, Sendo, Sierra Wireless, SK Teletech, Sonim Technologies, TCL Corporation /T&A Alcatel, Huawei, Trium dan Toshiba. Ini juga merupakan system perhubungan pakar yang berkait dengan (tetapi berasingan dari) telefon bimbit.
Terdapat beberapa kategori telefon bimbit dari telefon asas hingga telefon banyak ciri seperti telefon muzik dan telefon kamera, hingga telefon pintar. Telefon pintar pertama merupakan Nokia 9000 Communicator pada 1996 yang memasukkan fungsi PDA pada telefon bimbit asas masa itu. Ketika pengecilan dan peningkatan kuasa pemprosesan cip mikro telah membolehkan semakin banyak cirri ditambah kepada telefon, konsep telefon pintar telah berubah, dan apa yang dianggap telefon pintar tahap tinggi lima tahun dahulu, merupakan telefon piwaian masa kini. Beberapa siri telefon telah diperkenalkan bagi menangani segmen pasaran tertentu, seperti RIM Blackberry mensasar keperluan surat-e bagi pengguna enterprise/korporate; siri SonyEricsson Walkman bagi telefon muzik dan siri Cybershot telefon kamera; dan Nokia N-Series bagi telefon multimedia. Apple iPhone merupakan satu contoh lain bagi telefon pintar multi media.
Telefon bimbit sering memiliki ciri-ciri yang lebih dari sekadar menghantar pesanan teks dan membuat panggilan suara, seperti melayari Internet, memainkan muzik (MP3), merakan memo, fungsi pengurus persendirian, surat-e, pesanan segera, kamera dan perakam video bina dalam, nada tone, permainan, radio, Push-to-Talk (PTT), sambungan infra dan Bluetooth, daftar pemanggil, keupayaan menonton aliran video atau turun terima video untuk dilihat kemudian, panggilan video dan bertindak sebagai modem tanpa wayar bagi Komputer, dan tidak lama lagi bertindak sebagai konsole bagi permainan di talian dan permainan berkualiti tinggi yang lain. Jumlah keseluruhan perkhidmatan data mudah alih melebihi jumlah dibayar bagi perkhidmatan berbayar Internet, dan bernilai 31 bilion dolar pada 2006 (sumber Informa). Kategori terbesar perkhidmatan mudah alih adalah muzik, pindah terima gambar, permainan video, hiburan dewasa, judi, video/TV.

Kegunaan

Jenama Telefon Bimbit

[sunting]Kegunaan oleh agensi kerajaan

[sunting]Penguatkuasa undang-undang

Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara. Di EU "komunikase semua telefon bimbit adalah direkod".[6] Di negara lain, bukti mengenai lokasi fizikal seseorang pada masa yang tertentu telah diperkenalkan dengan triangulating telefon bimbit seseorang antara beberapa menara telefon sel. Teknik triangulation ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. Kerisauan tentang pengganas dan kegunaan teknologi oleh pengganas teleh mendorong pertanyaan oleh (British House of Commons) Home Affairs Select Committee mengenai bukti dari peranti telefon bimbit, mendorong kepada pakar forsenik telefon bimbit terkemuka untuk mengenal pasti teknik frsenik yang boleh guna bagi bahagian ini.[7] NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedure bagi pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan lapuran berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.[8]
Di UK pada tahun 2000 ia telah didakwa bahawa bahawa rakaman panggilan telefon bimbit yang dilakukan pada hari pengeboman Omaha adalah penting bagi penyiasiatan polis. Terutamanya adalah panggilan yang dilakukan pada dua telefon bimbit yang dijejak dari selatan sempadan Irish hingga ke Omagh dan balik semula pada hari pengeboman dianggap penting.[9]
Contoh lanjut mengenai penyiasatan jenayah menggunakan telefon bimbit adalah mengenal pasti kedudukan awal dan pengenalan akhir pengeboman kereta api Madrid 2004.. Dalam serangan itu, telefon bimbit telah digunakan bagi meletupkan bom. Bagaimanapun satu dari bom tersebut gagal meletup dan kad SIM (Subscriber Identity Module) dalam telefon bimbit memberikan petunjuk penting mengenai pengganas kepada penyiasat. Dengan menjejak kedudukan kad SIM dan menghubung kait dengan telefo bimbit lain yang telah didaftar dikawasan tersebut, polis mampu menjejak pengganas.[10]

Tindak balas semasa berlakunya bencana

Kerajaan Finland memutuskan pada 2005 bahawa cara terpantas bagi memberi amaran kepada rakyat mengenai amaran bencana adalah melalui jaringan telefon bimbit. Di Jepun, syarikat telefon bimbit memberikan amaran segera berkenaan gempa bumi dan bencana alam lainnya kepada pelanggan mereka secara percuma [11]. Dalam kejadian bencana, krew tindakan bencana boleh memastikan orang yang terperangkap dan tercedera melalui isyarat dari telefon bimbit mereka. Menu berinteraksi yang boleh dicapai mealui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya. Di Finland perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar membawa telefon mobil dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesyen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas. Juga, pengguna di Amerka Syarikat boleh melanggan melalui pembekal perkhidmatan mereka perkhidmatan teks percuma apabila Amaran AMBER dikeluarkan di kawasan mereka.
Bagaimana, kebanyakan jaringan telefon bimbit beroperasi hampir sepenuh kapasiti semasa masa normal, dan peningkatan dalam jumlah panggilan yang disebabkan oleh bencana luas seringkali menengelamkan system ketika ia amat-amat diperlukan. Contoh yang dilaporkan dalam media bilamana perkasa sebegini berlaku adalah semasa serangan 11 September 2001, gempabumi Hawai, gangguan kuasa Northeast 2003, pengeboman London Tube 2005, Hurikane Katrina, dan keruntuhan jambatan Minnesota 2007. Dengan itu telefon bimbit lebih sesuai bagi kecermasan terpencil seperti kemalangan senjata.
Di bawah peraturan FCC, semua telefon bimbit mesti mempunyai keupayaan mendail perkhidmatan kecermasan, tanpa mengira kehadiran kad SIM atau status pembayaran pada akaun.


HP kesayangan aku rosak teruk.