Sep 7, 2012

Taqwim | Syukur


Jika dilihat pada Taqwim ni, dalam setahun aku ada 121 hari untuk aku cuti. Dalam 121 hari ni aku kena bahagikan cuti aku kepada 3 pihak :-
  1. Ibubapa
  2. Isteri (Isteri kerja & tinggal di Terengganu)
  3. Syarikat (Training, Outstation Dll).
So, bersyukurlah kepada mereka yang dapat tinggal dengan ibubapa, anak dan isteri.

Sep 5, 2012

Berdoalah. Allah dekat dengan kita.


Sabda Nabi s.a.w: “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai” (Riwayat al-Tirmizi)

Ingat x nak cerita benda ni, tp pikir2 balik mungin ada baiknya kalau kongsi.

Benda ni bermula pada bulan Ramadhan hari tu. Ada terdengar sorg ust bagitau. Kita berdoa ni ibarat kita seorang hamba berjumpa dengan raja. Mintalah apa yg diingini, specifikkan.

So, mula hari tu aku rasa macam nak cuba (Ya Allah, ampunkan aku) apa yg Ust tu bgtahu. Setiap malam sebelum aku tidur aku berdoa. Doa yg paling bangang aku rasa. Doanya macam ni "Ya Allah, berikan aku RM500". Itu aje doa aku. Setiap malam sebelum aku tidur. Benda tu aku keep ulang setiap hari (selain doa2 lain).

.................Semalam. Ada sorg hamba Allah bagi aku RM500, sedekah katanya. Aku rasa mcm nk nangis.................

Sabda Nabi s.a.w : “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulannya, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la)