Oct 22, 2012

Monsoon Saya

 Korg perati betul2 signboard Suria.FM tuh.
Kencana Dewi pon pakai tudung kalau mai Terengganu. 

 Tumpukan kepada pakcik yg pakai baju kuning tuh. Tinju beb.....

 Pengantin lelaki ni housemate aku masa praktikal, penumpang belakang motor aku time g Penjara dulu, rakan sehobi memancing, dan rakan sekelas. 
Manakala...... pegantin perempuan tu pon rakan sekelas aku. Hehe....
Barakallah & Welcome to da club.

 Bapa teknologi.


2 gambar diatas aku suka, musim sejuk

Oct 18, 2012

Lumba


Hidup adalah perlumbaan. Kita kena pantas untuk maju kehadapan. Jadi yg pertama jika ingin berjaya.








Tp. Hidup sebenarnya perlu dibelakang. Untuk kita elak dari lubang yg dimasuki oleh orang dihadapan.

Oct 17, 2012

Kerja

Mungkin mlm ni ada yg termenung. Rasa x puas hati dgn kerja yg dia ada. X sesuai. Gaji murah. Selalu kena marah. Jd balaci. Majikan zalim. Terpaksa buat kerja org lain. Pisah ngn keluarga. Terikat. Rasa nk berhenti. Rasa nk lari.

Tp ingat. Mlm ni juga mungkin ada yg sedang menangis sebab nk dapat satu "kerja".

Berdoalah. Kerana Allah dh tentukan yg terbaik untuk kita.

Pehhh....

Oct 15, 2012

Pandangan

Dikisahkan ada sekumpulan manusia dibawa berjalan - jalan di sebuah hutan tebal. Hutan yg masih terjaga. Tidak pernah dimasuki manusia. Kumpulan lelaki tersebut terdiri daripada jurugambar, tauke balak, pencinta alam sekitar dan seorang remaja anak seorang jutawan.

Apabila keluar dari hutan tersebut. Mereka diminta untuk memberi pendapat ttg apa yg mereka lihat.

Tauke balak menyatakan bahawa hutan tersebut mempunyai kayu kayan yg amat bernilai. Jika dijual pasti memberi keuntungan yg berlipat kali ganda. Malah dpt membantu kewangan negara.

Namun begitu pencinta alam sekitar membantah. Menyatakan bahawa itu merupakan khazanah negara yg paling bernilai. Terdapat flora dan fauna yg hidup segar dan teratur didalamnya. Ianya perlu dikekalkan untuk masa depan generasi akan datang.

Tetapi jurugambar pula mempunyai pandangan yg berbeza. Baginya cukup sekadar diberi peluang kepadanya untuk merakam seluruh hutan tersebut dan gambarnya disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Nah! Selepas itu tebanglah balak itu dan ambillah hasil daripadanya.

Manakala remaja itu pula berkata dengan tenang. Buatlah apa pun ttg hutan ini. Apa yg perlu aku fikirkan. Harta bapaku sudah cukup untuk aku dan anak cucu aku hidup.

So. Pandangan kita semua berbeza. Pandang dan jangan mudah membuat kesimpulan. Baik untuk kamu ttp belum pasti baik untuk yg lainnya.

Pehhhh...

Oct 11, 2012

Do You TH!NKING What I'm TH!NKING



Oct 10, 2012

Tatanegara 2


 Ok.. Aku dah ingat dah.

Laissez-faire

Laissez-faire (sebutan: bahasa Perancis, [lɛsefɛʁ] ) ialah ungkapan bahasa Perancis yang bermaksud "biarkan." Mula-mulanya digunakan oleh fisiokrat abad ke-18 sebagai injunksi menentang campur tangan kerajaan dalam perdagangan, istilah ini menjadi bersinonim dengan ekonomi pasaran bebas sejati. Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu doktrin yang menegaskan bahawa inisitaif dan pengeluaran swasta paling baik bebas daripada campur tangan ekonomi dan pencukaian oleh kerajaan selain apa yang perlu untuk menjamin kebebasan individu, keamanan, keselamatan, dan hakmilik harta.
Laissez-faire disokong oleh para pendukung libertarianisme, liberalisme klasik, neoliberalisme, minarkisme dan Objektivisme. Golongan libertarian berhujah bahawa pasaran bebas menghasilkan lebih banyak kemakmuran dan kebebasan peribadi berbanding sistem ekonomi lain. Aliran ekonomi Austria dan Chicago merupakan antara jenis laissez-faire yang utama. Pengikut anarki pasaran melampaukan idea laissez-faire dengan menentang segala pencukaian, dan lebih gemar undang-undang dan perintah dibiayai oleh sektor swasta.

DARAH & ANDA


DARAH
Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

DARAH MANUSIA
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

KOMPOSISI DARAH
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscle); yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
  • sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
  • Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
  • Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
  • albumin
  • bahan pembekuan darah
  • immunoglobin (antibodi)
  • hormon
  • pelbagai jenis protein
  • pelbagai garam
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.


*Aku tulis benda ni sebab tadi aku derma darah.. Dan kadang2 kita x tahu pun apa itu darah sebenarnya.
**Haha.. Sori. Benda ni bukan aku tulis. Aku kopi je dari WIKIPEDIA.