Ok.. Aku dah ingat dah.
Laissez-faire
Laissez-faire (
sebutan:
bahasa
Perancis,
[lɛsefɛʁ] (bantuan·info) )
ialah ungkapan bahasa Perancis yang bermaksud
"biarkan." Mula-mulanya digunakan oleh fisiokrat abad ke-18 sebagai injunksi
menentang campur tangan kerajaan dalam perdagangan, istilah ini menjadi
bersinonim dengan ekonomi
pasaran bebas
sejati. Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu doktrin yang
menegaskan bahawa inisitaif dan pengeluaran swasta paling baik bebas daripada campur tangan ekonomi dan pencukaian oleh kerajaan selain apa yang
perlu untuk menjamin kebebasan individu, keamanan, keselamatan, dan
hakmilik harta.
Laissez-faire disokong oleh para pendukung
libertarianisme,
liberalisme klasik,
neoliberalisme,
minarkisme dan
Objektivisme. Golongan
libertarian berhujah bahawa pasaran bebas menghasilkan lebih banyak kemakmuran
dan
kebebasan peribadi
berbanding sistem ekonomi lain.
Aliran ekonomi Austria dan
Chicago merupakan antara
jenis laissez-faire yang utama. Pengikut
anarki pasaran melampaukan idea
laissez-faire dengan menentang segala pencukaian, dan lebih gemar undang-undang
dan perintah dibiayai oleh sektor swasta.
No comments:
Post a Comment