Oct 15, 2012

Pandangan

Dikisahkan ada sekumpulan manusia dibawa berjalan - jalan di sebuah hutan tebal. Hutan yg masih terjaga. Tidak pernah dimasuki manusia. Kumpulan lelaki tersebut terdiri daripada jurugambar, tauke balak, pencinta alam sekitar dan seorang remaja anak seorang jutawan.

Apabila keluar dari hutan tersebut. Mereka diminta untuk memberi pendapat ttg apa yg mereka lihat.

Tauke balak menyatakan bahawa hutan tersebut mempunyai kayu kayan yg amat bernilai. Jika dijual pasti memberi keuntungan yg berlipat kali ganda. Malah dpt membantu kewangan negara.

Namun begitu pencinta alam sekitar membantah. Menyatakan bahawa itu merupakan khazanah negara yg paling bernilai. Terdapat flora dan fauna yg hidup segar dan teratur didalamnya. Ianya perlu dikekalkan untuk masa depan generasi akan datang.

Tetapi jurugambar pula mempunyai pandangan yg berbeza. Baginya cukup sekadar diberi peluang kepadanya untuk merakam seluruh hutan tersebut dan gambarnya disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Nah! Selepas itu tebanglah balak itu dan ambillah hasil daripadanya.

Manakala remaja itu pula berkata dengan tenang. Buatlah apa pun ttg hutan ini. Apa yg perlu aku fikirkan. Harta bapaku sudah cukup untuk aku dan anak cucu aku hidup.

So. Pandangan kita semua berbeza. Pandang dan jangan mudah membuat kesimpulan. Baik untuk kamu ttp belum pasti baik untuk yg lainnya.

Pehhhh...

No comments:

Post a Comment