Aug 1, 2011

Ramadhan 1.1 | Makan sebelum Subuh

Mcm aku kata sblm ni. Aku cuba nk jdkan blog ni blog2 agama. Idea asal ni dulu aku dapat dr PPyaPong. Dia ni crita agama2 lebih awal dr aku dulu.
Hah.. Aku copy je la benda2 ni, untung2 masuk saham akhirat kalau ada org baca.


  1. “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari
  2. “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
  3. “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  4. “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” – Surah al-Baqarah: Ayat 187
  5. “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w .” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  6. Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .
* Pasal azam yg aku tulis malam td tu aku rasa yg no 3 tu aku dh fail. Tp aku cuba lg esok. 
Aku sdg mkn gula kabong Benta

No comments:

Post a Comment