Nov 21, 2011

Kenapa Saya Sayang Mak Saya?

Ada beberapa tarikh penting yg mmg jd nostalgia..

1996 : Ingat lg pesan cik masa darjah 6. "Cik Ayah ni bukan orang pandai... Jd masa g skolah tu blaja sungguh2. Kalu x paham tanya terus cikgu". Result UPSR dpt 4 A. Ayah cool je, cik suka gembira. Lepas ni bleh masuk tahfiz kata cik... Errrr....x terkeluar dari mulut cik nk hantar Fuad g Sek Asrama Penuh, Skolah Sains ke.... Hujah cik mudah, ilmu agama kita kena cari. 

1998 - Benti sek tahfiz...alasan mudah x dapat bawa (maaf cik). Masa ni cik diam je. Cik kata xpa... Blajar je kt SMA Dong...

1999 - Kena buang asrama. Kena pecat jd pengawas. MAsa ni cik g amik kt skolah ngan Abg Eil... Cik diam x cakap spatah dari sekolah sampai umah. Sampai umah ayah suh benti sekolah, keja kampung tolong dia. Ayah marah betul masa tu. Cik diam je....

Hujung tahun tu Cik minta tlg Abg Eil buat rayuan kt SMA Dong. Cik, Abg Eil n Fuad g skali. Janji depan Ustaz, Cik n Abg Eil xnak wat hal lg.

2000 - Dapat duk asrama balik... Bulan pertama dah kena tindakan displin. Tp diam2 x bgtau sesapa. 

Ada skali Cik hantar surat. Tulisan JAwi n ada note RM50. Smpai skrg duk ingt, pesan cik blaja rajin2 n jgn simpan rambut pnjg.

Result SMA kuar, truk.. Gagal... Balik rumah, cik diam je....

Dah dekat nk buka skolah Cik tanya nk skolah mana... Fuad kata nk skolah Damak (Skolah Menegah dekat umah)... Cik kata kalau nk skolah lg usaha sendiri. Fuad g skolah sendiri, naik bas sorg, jumpa Pengetua, ambik borang tukar skolah.....

2001 - Start skolah menengah. Mmg jauh berbeza.. Cik x pantau lansung, cuma cik akan pastikan setiap pg kena bangun awal smayang subuh.

2002 - Masuk tingatan enam sbulan - Abg Eil dtg ambik kata dapat smbg diploma di KUSZA. Masa tu Fuad mati-mati xnak g. Tgh duk urus pasal nk masuk blaja dapat satu lg tawaran blaja di Politeknik Kuching. Fuad nk g poli... Cik kata x payah, g KUSZA. Bleh blaja agama.

G register kt KUSZA, Cik, Ayah, Abg Eil g hantar. Cuba blaja stakat termampu.

2003 - Xcident truk. Kak T sampai dulu d Trg. Cik menangis, ayah cool je.

2005 - Abis blaja kt KUSZA. Atie g ambik. Cik ngan ayah x dtg. 

Cik kata sementara tunggu dapat kerja ikut Abg Him dulu. Sambil2 timba ilmu, bleh dpt pahala. Masa ni meniaga skit. Murtabak etc.

2006 - Dpt tawaran sambung blaja UMT. Seronok, sebab bleh dtg Trg balik... Cik, Ayah, Kak Zan n Abg Mad dtg hantar register. Masa berkeras ngn Cik nk g sendiri. Sebab dh biasa. Cik nk hantar gak.

2007 - Konvo KUSZA - Cik x dpt dtg. Cik janji nk g masa konvo ijazah. Sebelum konvo rileks je. Lepas dapat scroll nk turun tangga sebak gila. Fuad masuk bilik air nangis. Prasaan masa tu mmg sedih, br tahu bertapa pentingnya ibubapa. 

Mei 2010 - Cik ajak g umrah. Fuad terkedu. Saat ni paling best bersama Cik n Ayah. Masa di Mekah Cik, Ayah n Abg Him bincang pasal Lyn. Masa ni x tau nk cakap apa. Cik bg keputusan balik umrah g risik Lyn.

Julai 2010 - Konvo UMT & Risik Nur Amalyna Radzali. Ayah x sihat, Cik x sihat. 2 2 xleh dtg. Abg Eil, Kak Pah n Atie ganti Cik n Ayah. Kluar dewan sebak gila. Sedih sebab Cik janji nk dtg masa konvo ijazah.
Lepas konvo g RiSik Lyn.

Mei 2011 - Bertunang. Masa ni Cik Ayah g. Suka sangat, suka sebab bleh bawa Cik Ayah naik keta sendiri.... Terima Kasih Allah.

20 Nov 2011 - Lg 4 hari nk kawen. Cik dh bgtau awal2 Cik xleh g. Ayah je yg pergi. Fuad ni dh 2 3 kali duk ngalir air mata. Tp xpa Cik... Fuad x marah lansung, x kecewa. Fuad tau Cik x larat, Cik nk sedia untuk kenduri kt rumah.

Alhamdulillah... Dh 27 tahun Cik jaga Fuad. Cik dh usaha yg terbaik untuk Fuad. Lg 4 hari Fuad akan jd ketua keluarga. Wanita pilihan Fuad, persetujuan Cik n Ayah. Satu je Fuad mintak.... Cik halalkan semua makan minum Fuad, Ilmu yg Cik bagi, Nasihat yg Cik beri. InsyaAllah akan jd panduan Fuad. Maafkan segala salah silap Fuad, perbuatan Fuad yg Cik x tahu. Maafkan semua. Allah makbul juga doa Fuad supaya Cik dpt tg Fuad berkeluarga. Doakan kami selamat dunia akhirat.....

21 Mei 2011
12.05 AM
Tmn Universiti, Bangi Selangor.





No comments:

Post a Comment