Ada 1 lg benda penting - KAMERA (Bawa Seberapa Banyak Kamera Yg Kamu Semua Ada)
Hidup Ni Cuma Ada 2 Pilihan. Betul @ Salah. Hiduplah Seperti Kamu Akan Mati Esok Hari.
May 21, 2012
Let's Rest our Heart, Body & Mind
Ada 1 lg benda penting - KAMERA (Bawa Seberapa Banyak Kamera Yg Kamu Semua Ada)
May 10, 2012
Mencari Tokoh
May 8, 2012
Tatanegara
May 4, 2012
Tugas Berat
May 1, 2012
Masjid Tujuh
Apr 29, 2012
Percutian Bajet : Pulau Kapas
1. Pengangkutan. Tambang dari Jeti ke Pulau Kapas (pergi balik): RM 40 x 2 = RM 80
2. Penginapan slama sehari RM40. Ni yg paling murah untuk bilik kipas, katil queen & tandas sharing. Ni dipanggil Chalet C. Kt sini ada beberapa jenis chalet dgn harga yg berbeza. Chalet B (RM 80) sama dgn yg C cuma ada toilet didalam dan tv. Chalet A (RM 120) tambah aircond. Harga ni untuk Makcik Gemuk Resort shj.
* Kami pilih Chalet C, nama pon destinasi bajet kan. Hahaha.... Kalau korg nk amik Chalet C, aku sarankan korg amik yg no C11. Dekat ngan toilet, so x payah nk jln jauh n brebut.
3. Makan Minum. Hehehe... Org kata mkn kt pulau ni mahal. So, pg2 sblm gerak kitaorg dh mlantak kt jeti. RM 10 ntuk 2 org. Pastu bawa bekal untuk mkn tghari. Secara mudahnya mcm ni.
Sarapan Pagi : RM 10
Mkn Tghari : RM 0 (hahaha... Sbb kitaorg bawa bekal)
Sarapan Pagi : RM20 (Mushroom Soup + Garlic Bread + Teh Tarik + Milo). Elok korg bawa roti n jam dr rumah je. Save bdget.
* Tips : Kalau korg stay kt Makcik Gemuk ni korg kena ingat, diorg ttp cafe jam 10. So, kitaorg g diorg dh almost nk close, terpaksa g Kapas Beach Coral sblhnya. Kt sini agak hapening. So dia ttp lmbt skit.
4. Aktiviti. Ada beberapa xtiviti bajet yg korg leh wat dan aku sarankan.
Kayak : RM 15/hour. *Aku sarankan korg amik awal2 pg sbb time ni x panas.
Beach Volleyball : kalau ada nmpk org duk main ptg2 tu korg join je. Free je pon, n yg pntg mmg enjoys.
Aktiviti Mlm : Mkn n jln2 pusing pulau. Dekat dgn Stesen Solar ada satu kwsn tanah perkuburan. Diceritakn, kt pulau ni dulu ada perkampungan, tp sekarang dh xda. Yg tingggal hanya kubur diorg n diorg dh berpindah ke tanah besar. Kalau lalu tu sedekah2 la Al Fatihah. Aku x dpt bayangkan betapa cantiknya pulau ni masa tu. Mesti coral2 ni idup lg. Pehhhh,......
Apr 28, 2012
Telaga Bir Usman
Dikisahkan semasa Nabi Muhammmad SAW berhijrah ke madinah, kawasan ini tidak mempunyai air dan kering kontang. Cuma terdapat satu telaga yang dimiliki oleh kaum Yahudi dikenali sebagai Bir Rahmah. Org2 Islam pada ketika itu terpaksa menggunakan telaga yg dimiliki oleh kaum yahudi tersebut. Namun begitu, mereka sering dihina dan dicaci oleh kaum yahudi.
Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda barang siapa yang dapat membeli telaga tersebut, Nabi janjikan syurga untuknya. Lalu Saidina Usman menyahut cabaran itu dengan berbaiah dgn kaum yahudi pada permulaannya. Kaum yahudi setuju berkongsi dgn syarat yg amat berat sebelah. Iaitu kaum yahudi akan menggunakan telaga tersebur selama 2 hari barulah org mukmin bleh guna selama sehari secara selang seli.
Dengan kuasa Allah, Allah jadikan telaga tersebut tiada air ketika waktu yahudi dan air kembali melimpah ketika waktu penggunaan kaum mukmin. Maka org yahudi yg marah dgn keadaan itu bertindak menjual telaga itu dan ia telah dibeli oleh Saidina Usman RA.
* Tips : Kami tidak dapat memasuki dan melihat secara dekat telaga tersebut kerana kawasan sekitarnya telah dipagari dan menjadi hak persediaan. Kelihatan keadaan telaga tidak terurus kerana tradisi kerajaan Arab Saudi mereka tidak akan menjaga kawasan2 sejarah bagi mengelakkan daripada perkara khurafat berlaku.
* Tips :Disini disediakan tandas awam dan anda dinasihatkan untuk tidak membeli belah disini kerana didapati barang2 disini dijual dgn kadar harga yg agak mahal.
Doa nabi ya allah berikan barakah kpd semua buah2 di madinah.





























