Apr 28, 2012

Telaga Bir Usman

Dikisahkan semasa Nabi Muhammmad SAW berhijrah ke madinah, kawasan ini tidak mempunyai air dan kering kontang. Cuma terdapat satu telaga yang dimiliki oleh kaum Yahudi dikenali sebagai Bir Rahmah. Org2 Islam pada ketika itu terpaksa menggunakan telaga yg dimiliki oleh kaum yahudi tersebut. Namun begitu, mereka sering dihina dan dicaci oleh kaum yahudi.


Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda barang siapa yang dapat membeli telaga tersebut, Nabi janjikan syurga untuknya. Lalu Saidina Usman menyahut cabaran itu dengan berbaiah dgn kaum yahudi pada permulaannya. Kaum yahudi setuju berkongsi dgn syarat yg amat berat sebelah. Iaitu kaum yahudi akan menggunakan telaga tersebur selama 2 hari barulah org mukmin bleh guna selama sehari secara selang seli.


Dengan kuasa Allah, Allah jadikan telaga tersebut tiada air ketika waktu yahudi dan air kembali melimpah ketika waktu penggunaan kaum mukmin. Maka org yahudi yg marah dgn keadaan itu bertindak menjual telaga itu dan ia telah dibeli oleh Saidina Usman RA.


* Tips : Kami tidak dapat memasuki dan melihat secara dekat telaga tersebut kerana kawasan sekitarnya telah dipagari dan menjadi hak persediaan. Kelihatan keadaan telaga tidak terurus kerana tradisi kerajaan Arab Saudi mereka tidak akan menjaga kawasan2 sejarah bagi mengelakkan daripada perkara khurafat berlaku.


* Tips :Disini disediakan tandas awam dan anda dinasihatkan untuk tidak membeli belah disini kerana didapati barang2 disini dijual dgn kadar harga yg agak mahal.


Doa nabi ya allah berikan barakah kpd semua buah2 di madinah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment